Pejabat Pentadbiran

ISNIN – KHAMIS

   8.00 pagi - 1.00 tgh

   2.00 ptg - 5.00 ptg

 

JUMAAT

   8.00 pagi - 12.15 tgh

   2.45 ptg - 5.00 ptg

 

WAKTU SOLAT

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Ikuti Kami Di

Pautan Luar





Paparan Terbaik


Pengumuman

-Bacaan Surah Al-Kahfi akan diadakan setiap Jumaat jam 10 pagi bertempat di Dewan Solat Seminar MSSAAS (selepas Diskusi Dhuha).

-Talaqi Al-Quran bersama Ustaz Ahmad Tirmizi Haji Ali (Johan Qari Antarabangsa) akan diadakan pada setiap hari Khamis jam 10.30 pagi bertempat di Dewan Seminar MSSAAS. Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Program i-Sihat


SHAH ALAM 26 Januari 2019 - Setiap hari Sabtu pukul 8.00 pagi, Unit Pembangunan Ibadah Dan Khidmat Sosial (UPIKS) Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam telah menganjurkan Program I-Sihat. Program ini merupakan program yang dilaksanakan secara berkala, pada setiap hari Sabtu selama 15 Minit.  Di dalam program ini, para Jemaah Muslimin dan Muslimat diajar senaman ringkas dan diberi pendedahan mengenai ilmu berkaitan kesihatan.  Perlaksanaan program ini juga adalah untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat berkaitan penjagaan terhadap kesihatan fizikal dan Mental.


Para peserta yang menyertai program ini berpeluang mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain serta mengamalkan gaya hidup sihat supaya dapat melakukan ibadah dengan sempurna.  Para peserta dibimbing oleh seorang Jurulatih yang berpengalaman dan dua orang pembantu jurulatih.  Program senaman ringkas 15 minit ini akan berakhir pada pukul 8.15 pagi.  Untuk bulan Januari sahaja program ini telah diadakan selama empat (4) kali iaitu pada 5, 12, 19 dan 26 Januari 2019.

 

 

 Hakcipta terpelihara © 2015 Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah