Pejabat Pentadbiran

ISNIN – KHAMIS

   8.00 pagi - 1.00 tgh

   2.00 ptg - 5.00 ptg

 

JUMAAT

   8.00 pagi - 12.15 tgh

   2.45 ptg - 5.00 ptg

 

WAKTU SOLAT

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Ikuti Kami Di

Pautan Luar





Paparan Terbaik


Pengumuman

-Bacaan Surah Al-Kahfi akan diadakan setiap Jumaat jam 10 pagi bertempat di Dewan Solat Bawah MSSAAS (selepas Diskusi Dhuha).

-Klinik Al-Fatihah anjuran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah akan diadakan setiap hari Jumaat jam 12.00 tengah hari, bertempat di Pintu Utama & Pos Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

-Pada setiap hari Rabu, minggu pertama dan ketiga, kuliah bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid akan diadakan pada pukul 10.30 pagi bertempat di Dewan Seminar MSSAAS. Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

-Talaqi Al-Quran bersama Ustaz Ahmad Tirmizi Haji Ali (Johan Qari Antarabangsa) akan diadakan pada setiap hari Khamis jam 10.30 pagi bertempat di Dewan Seminar MSSAAS. Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Majlis Konvokesyen Pengajian Bersijil ke-17
Ditulis oleh Muhammad Fahmi Abdul Jalil   


SHAH ALAM 10 February 2018 . -  Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mengadakan Majlis Konvokesyen Pengajian Bersijil Kali ke 17 bagi para pelajar sesi 2017. Pelajar yang layak menerima sijil adalah seramai 488 pelajar terdiri daripada Talaqi seramai 361 orang pelajar, 154 orang daripada pengajian Bahasa Arab, 35 pelajar Syariah dan seterusnya adalah kelas Taranum Al-Quran seramai 64 pelajar.




 Majlis Konvokesyen Pengajian Bersijil Kali ke 17 bagi para pelajar sesi 2017 telah berlangsung di Dewan Ballroom Hotel Concorde bermula jam 9.00 pagi hingga 1 petang.Majlis Konvokesyen tersebut telah di rasmikan YAB Dato’ Menteri Selangor, YAB Dato Seri Azmin Bin Hj.Ali.Majlis ini turut dihadiri Dato Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),S.S. Dato’ Haris Bin Kasim.

Selain penyampaian sijil konvokesyen, beberapa anugerah juga telah disampaikan oleh YAB Dato Seri Menteri Besar Selangor antaranya Anugerah Tokoh ilmuan adalah Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid. Manakala Tokoh guru adalah Ustaz Mohamad Kamal b Sulaiman.Anugerah Pelajar terbaik lelaki ialah Dato Azmin bin Othman dan Pelajar terbaik wanita pula ialah Zuraini bt Abdul Rashid. Yang terakhir Pelajar terbaik hafazan adalah Mohd Faizul Harith bin Mohd Nasir.

Majlis konvokesyen pengajian bersijil masjid sultan salahuddin abdul aziz shah sesi 2017, tahniah kepada para pelajar yang tamat pengajian masing-masing.


           

             



 

 

 Hakcipta terpelihara © 2015 Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah