Pengumuman

Isnin, 20/05/2013

-Kuliah Maghrib malam ini bersama Dato' Abdul Majid bin Omar - Matla al Badrain. Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:

-Program Tafaqquh Fiddin bersama Al-Fadhil Al-Walid Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki akan diadakan pada 26 Mei 2013 selepas solat maghrib bertempat di Dewan Solat Utama MSSAAS. Antara pengisiannya adalah solat sunat tasbih dan tausiah. Siaran secara langsung program ini boleh ditonton menerusi pautan di bawah ini:

-Kursus Pembangunan Laman Blog (Siri ke-2) akan diadakan pada 25 & 26 Mei 2013 bertempat di Bilik Komputer, MSSAAS dari jam 8.00 pagi – 6.30 petang. Yuran adalah RM100 dan peserta mestilah berumur 12 tahun keatas serta telah membuka akaun Gmail. PENYERTAAN BOLEH MULA DIBUAT MULAI HARI SELASA, 7 MEI 2013. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Fahmi ditalian 0193850851.

-Sepanjang bulan Rejab dan Sya’ban 1434 H ini, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, akan mengadakan Program Iftar Jamaie’, Sahur dan Berbuka puasa serta Qiammullail pada setiap hari Isnin dan Khamis bermula 13 Mei 2013 bersamaan 13 Rejab 1434hijrah hingga 4 Julai 2013 bersamaan 25 Syaaban 1434 hijrah. Para jemaah dijemput bersama-sama untuk mengimarahkan program ini.

Pautan

 
 
 
 
 

Ikuti Kami Di

WAKTU BERURUSAN

ISNIN - KHAMIS

8.00 pagi - 1.00 tgh

2.00 ptg - 5.00 ptg

JUMAAT

8.00 pagi - 12.15 tgh

2.45 ptg - 5.00 ptg

WAKTU SOLAT

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Paparan Terbaik

 Resolusi 1024x768 menggunakan:

Pengurusan Jenazah

Muqaddimah

Kumpulan menguruskan jenazah Masjid Negeri ini merupakan satu rentetan dari perlantikan Us Zaki bin Jamaluddin sebagai ketua melalui keputusan mesyuarat kakitangan MSSAAS Bil 5, 2007 pada 24 Oktober 2007. Ini disebabkan kemudahan yang amat diperlukan penduduk setempat mahupun pihak Jabatan Agama Islam sendiri sekiranya ada orang-orang penting atau kakitangan kerajaan dalam kawasan pentadbiran Bandaraya Shah Alam yang meninggal dan memerlukan perkhidmatan pengurusan jenazah yang bersistematik. Sebelum ini, penyelenggaraannya telahpun beroperasi (secara tidak langsung) dengan mengurus beberapa jenazah. Antaranya;

1.     Di Masjid Negeri

2.     Di Surau sekitar

3.     Di rumah simati (arwah)

 

Setelah dilihat dari suatu sudut, terdapat dikalangan kakitangan Masjid Negeri sendiri yang boleh dan mampu menguruskannya serta desakan yang menyeluruh dan bersungguh dalam mesyuarat kakitangan MSSAAS Bil 6, 2007 pada 15 November 2007 maka secara rasminya Kumpulan mengurus jenazah MSSAAS telah dibentuk.

 

Bidang Tugas Kumpulan

1 - Bidang kerja pengurusan yang dilakukan ialah: 

·         Dari rumah ke Masjid

·         Dari Hospital ke Masjid

·         Dari Masjid ke Tanah Perkuburan

·         Dari Hospital ke rumah arwah.

2 - Mengkafan Jenazah

3 - Menyembahyangkan Jenazah/Tahlil

4 - Mentalqinkan Jenazah

 

Bukan Bidang Tugas Kumpulan

Tidak menyelenggarakan jenazah yang bermasaalah seperti pengidap HIV dan lain-lain penyakit berjangkit sebaliknya meminta agar waris merujuk kepada Pusat Perubatan yang terdekat.

 

Perbelanjaan Pengurusan Jenazah

Segala Kos Pengurusan akan ditanggung oleh waris atau wakil waris simati

(BAHAN API DAN TOL DITANGGUNG PIHAK MASJID)

 

Kos Pengurusan Jenazah Dari Masjid Negeri ke Sek 21

Bil

Perkara

Jumlah(RM)

1.

Ketua Pemandi Jenazah

100

2.

Tiga Pembantu Pemandi Jenazah

150

3.

Peralatan Kafan dan Mandi

150

4.

Imam Menyembahyangkan (atau seikhlas hati)

 50

5.

Pembaca Talqin (atau seikhlas hati)

 50

6.

Tahlil

(Sumbangan Ikhlas)

 

JUMLAH(RM)

 500

 
 

 

 

                          Hakcipta terpelihara © 2012 Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah